Skip to content

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

English | Malay

Fisioterapi dan Anda
Ditulis oleh Administrator   
Jumaat, 19 Jun 2009 13:08

Apa Itu Fisioterapi?

Fisioterapi adalah kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui mekanisma penyembuhan semulajadi badan. Tiada ubat digunakan dan kaedah ini tidak menyakitkan. Ia lebih kepada pemulihan dan pencegahan.

Apa Yang Dilakukan Oleh Ahli Fisioterapi?

  • Mendiagnosis pesakit dan menentukan kaedah rawatan yang bersesuaian. Berbekalkan latihan intensif, ahli fisioterapi dapat memberikan penilaian yang sewajarnya.
  • Merawat keadaan-keadaan yang berbeza menggunakan perawatan moden dan tradisional.
  • Mengajar pesakit kaedah senaman yang sihat.
  • Nasihat tentang pengendalian objek berat dan cara-cara pesakit dapat menangani kekurang upayaan mereka dalam jangka masa panjang.

Kondisi Yang Memerlukan Rawatan Fisioterapi

  • Masalah pernafasan, paru-paru dan kahak
  • Kecederaan semasa bersukan, ligament terluka dan kecederaan otot (sprains).
  • Kondisi ketidakupayaan seperti palsy, stroke dan distrofi otot
  • Masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher

Siapa Yang Dirawat Ahli Fisioterapi?

Ahli fisioterapi mampu merawat dalam semua keadaan dan perkhidmatannya merangkumi pesakit seawal bayi baru lahir sehingga orang-orang tua yang uzur. Selain daripada itu, membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dewasa yang mempunyai komplikasi ataupun masalah mental. Pesakit diajar teknik releksasi dan senaman yang mampu memulihkan kecergasan fizikal dan mengembalikan jati diri.

Kaedah-Kaedah Rawatan

  • Elektro Terapi
    • Ultra Sound
    • Interferential Terapi
    • Laser
    • Diatermi Gelombang Pendek
  • Terapi Manual
    • Mobilisasi
    • Manipulasi
    • Urutan
    • Senaman Therapeutic
    • Rehabilitasi selepas pembedahan
    • Nasihat dan langkah pencegahan

Perkhidmatan Fisioterapi Yang Ditawarkan Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM)

  • Kecederaan semasa bersukan / Pengurusan & Rehabilitasi
  • Bekalan alat-alat pencegahan
  • Rehabilitasi sebelum pembedahan
  • Rehabilitasi selepas pembedahan
  • Sakit belakang, leher dan sendi
  • Fisioterapi dada & pernafasan
  • Pesakit strok
  • Pesakit keretakan tulang
  • Urutan atlit sukan
  • Kaedah-kaedah senaman / Aktiviti gim
  • Fisioterapi Pediatrik (Kanak-kanak)

Jadual Operasi

Hari Masa
Isnin – Jumaat
Sabtu (kecuali minggu ke-3)
9.00 pg – 5.00 ptg
9.00 pg – 1.00 ptg

* Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan selepas waktu tersebut, sila hubungi kami untuk  temujanji.

Share Link: Bookmark Google Yahoo MyWeb Del.icio.us Digg Facebook Myspace Reddit Ma.gnolia Technorati Stumble Upon