Skip to content

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah

English | Malay

Pengumuman
Pembukaan Poliklinik Azzahrah Bandar Tun Hussein Onn
Pengumuman
Khamis, 24 Jun 2010 00:48

Beroperasi 28 Jun 2010

Pusat Rawatan Islam Azzahrah akan memulakan operasi Poliklinik Azzahrah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pada 28 Jun 2010.
Poliklinik Azzahrah dilengkapi dengan peralatan X-Ray dan makmal. Kami juga memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan serta ujian ‘Medical Check-up’ untuk 'pre-employment' dan juga pelajar yang lengkap. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda ke cawangan klinik Pusat Rawatan Islam Azzahrah ini pada hari tersebut.
Kami amat berterima kasih di atas sokongan terhadap perkhidmatan Pusat Rawatan Islam Azzahrah selama ini. JUMPA ANDA DI SANA!
Alamat:
POLIKLINIK AZZAHRAH
No. 1 Jalan Suarasa 8/3
Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras

Selangor

 
Kempen Kutipan Amal Untuk Pembinaan Klinik Kesihatan Di Gaza Palestin
Pengumuman
Isnin, 12 Oktober 2009 11:31

Atas dasar keperihatinan dan rasa tanggungjawab, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) dengan kerjasama Aman Palestin telah melancarkan tabung bagi membiayai pembinaan Klinik Kesihatan di Gaza. Fokus Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) terhadap projek ini ialah menyasarkan kutipan dana sebanyak RM250,000 bagi tujuan pembinaan tersebut.

Teruskan...