|
Aktiviti
|
|
Rabu, 20 Oktober 2010 11:58 |
Pakej Bersalin Bagi para ibu dan bakal ibu yang menginginkan suasana kelahiran yang sempurna, Pakej Bersalin Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) menyediakan keperluan perubatan dan aktiviti selepas bersalin.
Pakej NURKASIH - RM 1275. Sila lawati bahagian Pakej & Promosi untuk keterangan lebih lanjut. |
|
Aktiviti
|
|
Selasa, 17 Ogos 2010 10:30 |
Sila Lawat Galeri Kami Untuk Gambar-gambar Menarik! 
7 Ogos 2010, Pembukaan yang meriah. Upacaranya sangat sederhana, namun ianya meriah! Dimeriahkan dengan kehadiran tetamu yang menyertai senamrobik yang diadakan di hadapan Lake Valley Bandar Tun Hussein Onn. |
|
Teruskan...
|
|
Aktiviti
|
|
Khamis, 05 Ogos 2010 12:14 |
Sertai Senamrobik, SABTU - 7 OGOS 2010 di Poliklinik Bandar Tun Hussein Onn
Bermula jam 7.30pagi, mari beramai-ramai memeriahkan acara Perasmian Poliklinik Az-Zahrah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.  POLIKLINIK AZZAHRAH No. 1 Jalan Suarasa 8/3 Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan:Senamrobik beramai-ramai di laman TasikJamuan ringan selepas aktiviti senamrobik Pemeriksaan kesihatan PERCUMA 'Antenatal Screening' + Rundingan Doktor RM15.00 sahaja'Dietitian Talk'Taklimat Penjagaan Kecantikan dengan produk COSMETEQPromosi Az-Zahrah Women Wellness CenterPromosi AMPAC
Jangan lupa datang beramai-ramai dengan keluarga dan rakan-rakan serta dapatkan perkhidmatan percuma serta harga-harga promosi kami. Jumpa di sana!  |
|
Aktiviti
|
|
Ahad, 18 Julai 2010 17:13 |
Penyertaan Bersama Oleh Pengarah Urusan Abdul Rahman Mt Dali dan En Zaim Shaari
Bantuan kemanusiaan daripada Aman Palestin yang bernilai kira-kira USD100,000 dilaporkan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada pagi Ahad yang lepas, 4 Julai 2010 menurut perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb. Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah turut disertai oleh En Abdul Rahman Mt Dali (Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, merangkap Timbalan Presiden ISMA dan juga En Zaim Shaari yang juga merupakan salah seorang Pengarah AZIM serta Pegawai Kanan Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas. |
|
Teruskan...
|
|
Aktiviti
|
|
Khamis, 15 Julai 2010 01:51 |
Kunjungan Imam Muda dan Krew Astro Oasis Saksikan gambar-gambar para peserta Imam Muda di Galeri kami.
Pada 8 Julai 2010, Azzahrah telah menerima kunjungan daripada penerbit rancangan IMAM MUDA di saluran ASTRO OASIS. Turut serta pada kunjungan tersebut adalah para peserta Iman Muda yang berminat untuk menyaksikan sendiri perjalanan pengurusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, serta menyelami konsep Mesra Ibadah yang diamalkan di hospital kami. Mereka telah diberikan penerangan secara menyeluruh oleh Pengarah Urusan, En Abdul Rahman Mt Dali
Para peserta Imam Muda turut diberikan ceramah serta tips-tips berguna berkenaan dengan diet yang sihat oleh Pakar Dietetik kami, Pn Siti Hajar. Semasa penerangan berhubung diet yang sihat dan seimbang, para peserta Imam Muda telah menunjukkan minat yang mendalam dan bertanyakan banyak soalan-soalan yang dapat membantu dari segi aspek kesihatan & keperluan pemakanan seharian agar sentiasa sihat dan bertenaga. |
|
Teruskan...
|
|
|
|
|
<< Mula < Sblm 1 2 Seterusnya > Tamat >>
|
|
Muka 1 daripada 2 |