Kami memperkenalkan perkhidmatan baru yang memberikan hasil dan kesan terbaik dengan mengabungkan rawatan perubatan dan estetik. Dapatkan juga harga promosi untuk rawatan SPA & SALON! Hubungi kami di 03-8921 2626 (10am - 8pm) Isnin-Jumaat, (9am - 5pm) Sabtu-Ahad. |
|
Teruskan...
|
Pakej Bersalin Bagi para ibu dan bakal ibu yang menginginkan suasana kelahiran yang sempurna, Pakej Bersalin Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah (AZIM) menyediakan keperluan perubatan dan aktiviti selepas bersalin.
Pakej NURKASIH - RM 1275. Sila lawati bahagian Pakej & Promosi untuk keterangan lebih lanjut. |
ALOKA ALPHA 10 - Terkini dalam Prestasi Pengimejan Ultrasound
Yang kedua di Malaysia dalam pelbagai pengimejan! AZIM telah melabur sebanyak hampir RM1 juta di dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan menaik taraf kualiti di dalam bidang Ultrasound. Dengan teknologi 'the- state-of-art' dalam ultrasound untuk keupayaan diagnostik yang canggih lebih tepat. |
|
Teruskan...
|
Penyertaan Bersama Oleh Pengarah Urusan Abdul Rahman Mt Dali dan En Zaim Shaari
Bantuan kemanusiaan daripada Aman Palestin yang bernilai kira-kira USD100,000 dilaporkan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada pagi Ahad yang lepas, 4 Julai 2010 menurut perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb. Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah turut disertai oleh En Abdul Rahman Mt Dali (Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, merangkap Timbalan Presiden ISMA dan juga En Zaim Shaari yang juga merupakan salah seorang Pengarah AZIM serta Pegawai Kanan Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas. |
|
Teruskan...
|
Kunjungan Imam Muda dan Krew Astro Oasis Saksikan gambar-gambar para peserta Imam Muda di Galeri kami.
Pada 8 Julai 2010, Azzahrah telah menerima kunjungan daripada penerbit rancangan IMAM MUDA di saluran ASTRO OASIS. Turut serta pada kunjungan tersebut adalah para peserta Iman Muda yang berminat untuk menyaksikan sendiri perjalanan pengurusan Pusat Rawatan Islam Azzahrah, serta menyelami konsep Mesra Ibadah yang diamalkan di hospital kami. Mereka telah diberikan penerangan secara menyeluruh oleh Pengarah Urusan, En Abdul Rahman Mt Dali
Para peserta Imam Muda turut diberikan ceramah serta tips-tips berguna berkenaan dengan diet yang sihat oleh Pakar Dietetik kami, Pn Siti Hajar. Semasa penerangan berhubung diet yang sihat dan seimbang, para peserta Imam Muda telah menunjukkan minat yang mendalam dan bertanyakan banyak soalan-soalan yang dapat membantu dari segi aspek kesihatan & keperluan pemakanan seharian agar sentiasa sihat dan bertenaga. |
|
Teruskan...
|
|
|
|
|